Skip to main content

Pengenalan

Informasi H.E.M.A.T.

Pengenalan

Apa itu H.E.M.A.T.?

H.E.M.A.T. didukung 5 teras dan 3 prinsip utama bagi sektor perkhidmatan awam bersedia berubah sesuai dengan hala tuju kerajaan semasa. Pegawai awam perlu mempunyai kesediaan minda dan usaha untuk berubah daripada cara kerja lapuk kepada pendekatan baharu lebih efisien, berdaya maju dan memenuhi kehendak pemegang taruh serta pelanggan.

Platform Digital

Objektif
  • Meningkatkan kesedaran pegawai awam akan nilai-nilai H.E.M.A.T.;

  • Menggalakkan penyertaan agensi-agensi kerajaan dalam menjayakan
    nilai H.E.M.A.T.;

  • Menjadi medium bagi mempamerkan kejayaan pelaksanaan inisiatif
    kerajaan; dan

  • Meningkatkan persepsi positif rakyat terhadap perkhidmatan awam.

Menuju Ke Hadapan


Menjunjung Aspirasi, Memacu Prestasi Menuju Ke Hadapan

Nilai H.E.M.A.T. merupakan pelengkap kepada nilai murni sedia ada yang digariskan untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam. Pembudayaan nilai-nilai ini secara menyeluruh mampu meningkatkan kecekapan, prestasi serta daya saing organisasi dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.

Pegawai awam diseru untuk menghayati dan mengamalkan nilai H.E.M.A.T. tanpa mengira pangkat atau skim perkhidmatan, demi mewujudkan budaya kerja yang dinamik, inovatif dan berorientasikan prestasi. Inisiatif ini memerlukan komitmen berterusan dan boleh dijadikan asas dalam penilaian prestasi serta petunjuk prestasi utama (KPI) di setiap kementerian dan jabatan.

Penerapan nilai H.E.M.A.T. juga akan diperkasakan bermula dari peringkat akar umbi di rumah dan sekolah bagi membentuk masyarakat yang progresif dan berdaya tahan. Institut Latihan Awam (ILA) serta pegawai awam digalakkan untuk menyertai Modul Latihan Pembudayaan Nilai H.E.M.A.T. yang ditawarkan di INTAN sebagai usaha menyeluruh memperkukuh budaya kerja cemerlang dalam sektor awam.

Komponen Utama

Merangkumi 3 komponen 

Portal

Laman Utama

Portal ini terbahagi kepada empat laman iaitu laman utama, laman penyertaan projek, laman lokasi projek dan laman informasi H.E.M.A.T.. Di dalam laman utama, akan ada pengenalan mengenai H.E.M.A.T., video pengumuman, objektif H.E.M.A.T., skop H.E.M.A.T., rujukan kriteria H.E.M.A.T., borang penyertaan dan alamat perhubungan. Manakala pada laman penyertaan projek, panduan penyertaan, borang penyertaan dan aliran kerja projek akan dipaparkan. Seterusnya pada laman lokasi projek, satu peta kedudukan projek-projek yang terpilih dipaparkan. Dalam laman informasi H.E.M.A.T. pula, akan dihimpunkan video-video projek, teks ucapan, logo, buku, kursus, buku poket, pamplet, artikel media dan gambar aktiviti

Sistem

Borang Penyertaan

Platform ini akan menyediakan borang penyertaan projek-projek yang memenuhi kriteria H.E.M.A.T. untuk diisi oleh agensi perkhidmatan awam. Antara maklumat yang akan dipaparkan adalah maklumat projek, maklumat organisasi dan kriteria H.E.M.A.T. yang dipenuhi. Setiap projek yang terpilih akan diberikan surat penghargaan. Kekerapan pengemaskinian sistem ini adalah sebulan sekali

Data

Data Projek

Semua data berkaitan projek dan penggunaan portal akan diterjemahkan ke dalam pelaporan visual yang menarik dan mudah dilihat. Ini termasuk data enrolmen kursus H.E.M.A.T. dalam talian serta data perkongsian sebaran projek